facebook

Aku mulai utusan wasiat ini dengan kalimah suci: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saudara,

Aku percaya, jika anda telah menemukan Blog Stori Marketing ni, maksudnya anda telah bersetuju dengan SATU HAKIKAT ini…

“Anda ingin jadi usahawan berjiwa Storyteller.”

Maknanya, anda bercita-cita menjadi usahawan yang lebih Smart. Anda mahu ketahui di mana harus Softselling, dan bila masanya anda boleh Hardselling. (Aku akan kerap berkongsi di Blog ini jika Allah sudi kurniakan daku sedikit hayat).

Ini juga satu petanda, bahawa anda mahu menapak beribu langkah ke hadapan. Atau bukan menapak, BERLARI.

Maknanya, anda sudah persiapkan diri, supaya menjadi LEBIH PINTAR daripada masa silam anda.

ANDA INGIN JADI LEBIH PINTAR

Oleh itu, sekarang aku nak ajak anda fikirkan ini baik-baik…

Patut ke, kalau anda (yang nak jadi lebih pintar) datang padaku, lalu aku melayan kalian seperti orang bodoh? Patut ke?

Aik? Macam mana tu, kan. Ok, begini.

Maksudnya, layak ke kalau aku melayan anda seperti orang bodoh, dengan MENAYANG ANGKA/HARTA, demi menarik anda join kami belajar pasal Storytelling?

Harta dan Ringgit Tak Wajar Jadi Bahan Promosi.

Anda pasti pernah baca testimonial begini di mana-mana,

“Saya berjaya close sales sebuah aset bernilai SEKIAN JUTA”

 

“Jualan/Untung Kami Mencapai XXX Ringgit dengan Teknik Ini.”

 

“Tingkatkan Sales Anda Sehingga XXXX Ringgit dengan Belajar daripada Kami.”

Aduhai.

Telah 10 tahun aku berada dalam industri ini. Sudahpun bermacam cara dan ‘mazhab’ yang telah aku tempuhi.

Namun, atas rasa hormatku pada guru-guru Marketing yang ada di muka bumi ini, aku cuba berhati-hati demi menyatakan betapa bezanya prinsip kami di Stori Marketing.

Aku banyak belajar ilmu Storyteling dari Barat, namun tidak semuanya aku terima secara membuta. Psikologi Angka memang boleh dimanipulasi, namun Iman kita perlu selalu dipandu.

Siapa yang mengikuti aku sejak 2006, sejak aku di zaman SangPelangi, aku percaya kalian pasti setuju. Aku begitu konsisten dengan prinsip ini:

AKU TIDAK SEKALI-KALI BERKONGSI PADA UMUM BERAPAKAH DIGIT RINGGIT YANG MEREKA RAIH SETELAH AMALKAN STORI

Aku mahu anda jadi lebih pintar setelah pelajari Storytelling Marketing. Jadi, takkanlah aku sanggup perbodohkan anda dengan nombor-nombor yang subjektif sifatnya?

Semua orang bermula atas landasan yang berbeza. Walaupun ditakdirkan SELURUH para jutawan di dunia ni bermula dengan modal apa yang ada di tangan masing-masing, persoalannya, adakah saiz ‘tapak tangan’ kita serupa?

Sebab itu, kalau ada mana-mana insan yang ingin tekuni ilmu Stori tapi bertanya padaku…

“Ada tak anak murid Tuan yang dah jadi jutawan?”

Aku akan jawab begini,

“RAMAI, dan silakan keluar dari Medan Perjuangan Storyteller ini. (Nanti dah insaf balik, boleh datang kembali).”

Jika kita asyik fikirkan duit, duit, duit, sebagai tujuan pelajari Storytelling, percayalah, kita akan gagal. Atau mungkin kita ‘berjaya’, sayangnya kita ‘berjaya’ kumpulkan harta dunia dengan berpijak atas tipudaya.

Saat itu, kita bukanlah Storyteller sejati.

What you give, you’ll get back. Mahukah anda, jika kita perdagangkan tamak, maka kita akan menarik orang-orang yang tamak berurusan dengan kita?

Apa Perjuangan Storyteller Sejati?

Kita para penulis iklan Stori, tidak perdagangkan DUNIA.

  • Kita menulis iklan Stori untuk merawat ‘kesakitan’ emosi manusia.
  • Kita menulis iklan Stori demi beri inspirasi.
  • Kita menulis iklan Stori demi tegakkan kebenaran.
  • Kita menulis iklan Stori demi tinggalkan legasi. Dan bekalan ukhrawi.

Akhirnya, dunia yang akan mengejar kita. Aminn…

Sebab itu, adakala menulis Stori tidak boleh dibandingkan dengan menulis Copy (iklan biasa). Adakalah keduanya boleh dirujuk silang.

Bukan soal ‘mazhab’ siapa yang lebih baik, namun yang penting ‘kiblat’ kita haruslah serupa. Ke negeri abadi.

Suka untuk aku motivasikan kalian yang berjuang dengan Storytelling, bersabarlah. Jika tiada jualan terhasil daripada iklan Stori, kita tetap terus berkongsi. Kita terus-menerus perbaiki cara kita menjual. Kita tidak akan senang-senang tertewas.

Akhirat ibarat gaji. Dunia adalah bonus.
Kita tak mahu semakin miskin, sebelum menjelang ‘hari gaji’.

Ingat baik-baik,
Heal. Inspire. True
Ini adalah wasiatku.

signirfan

Al Irfan Jani

Al Irfan Jani

Pengasas Storytelling Marketing di Malaysia

Beliau bergiat 10 tahun penulisan kreatif dan iklan. Pernah berkhidmat mengurus Stori & Konten di belakang Prof Dr. Muhaya (Motivasi), Shamsudin Kadir (Kewangan), dll. Berguru dengan PIXAR, FINAS, Doug Stevenson, Andrew Cavanagh, Ramlee Awang Murshid, dll. Dari 175 artikelnya, 50 telah viral di Media Sosial sepanjang 2 tahun; dengan ‘reach‘ terkumpul 14 juta pembaca. Kini, beliau aktif mendorong usahawan supaya mahir dalam pemasaran Storytelling.

Baca Profil Penuh Di Sini

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.