facebook

Siapakah di Sebalik Stori Marketing?

Al Irfan Jani – Pengasas Storytelling Marketing di Malaysia – 10 tahun dalam dunia penulisan dan iklan.

Beliau mulai menulis sebagai blogger selama 4 tahun, sejak menuntut di Jepun. Kembali ke tanahair, penerbitan buku 4 tahun + 2 tahun membangun penulis iklan Stori Viral. Irfan pernah muncul di SPM-RTM, MHI-TV3, dan Astro Awani.

Sebagai editor, Irfan pernah terlibat dalam membangun Stori dan Konten di belakang tokoh-tokoh terkenal di Malaysia, seperti Prof Dr. Muhaya (Motivasi), Shamsudin Kadir (Kewangan), Suzardi Maulan – Pakdi (Kewangan), Dr. Fadzilah Kamsah (Motivasi), Dr. Sahrulazmi Sidek (Sejarah Islam), dan beberapa nama lagi.

Tidak berhenti di situ. Irfan mendalami lagi bidang iklan Stori, dengan Pixar, FINAS, dan beberapa guru lain, seperti Ikon Storytelling Korporat – Doug Stevenson, Penulis Iklan Canada – Andrew Cavanagh,┬áNovelis Thriller No. 1 – Ramlee Awang Murshid, Sasterawan A. Samad Said, dan lain-lain.

Akhirnya, pada 2014, Irfan telah memperkenalkan satu konsep marketing dengan gaya bercerita (Storytelling) di Malaysia. Ternyata teknik ini sangat membantu para usahawan yang ketika itu sedang tercari-cari teknik marketing yang… LOW COST & HIGH IMPACT

Setakat ini, dalam beratus-ratus koleksi artikelnya, Irfan sempat merekodkan lebih 50 buah artikelnya yang viral di Media Sosial sepanjang 2 tahun ini.

Selain itu, bersama staf-staf penulis Stori di bawah syarikatnya, Irfan telah berkhidmat sebagai strategis kempen iklan Stori dengan 126 klien, melingkungi individu, syarikat dan IPTS.

Dalam dunia latihan, Irfan kerap melatih berpuluh agensi seperti penuntut IPT, seperti KPTM, KPM. IKBN, IKM, ILP, MARA, MMU, golongan asnaf dan ibu-ibu tunggal. Beliau juga salah seorang Speaker Utama dalam program BAHTERA 2016, dengan judul, “Bagaimana Hendak Membangunkan Jenama? Berceritalah.”

p/s: Kalau ada sebarang komentar, cadangan atau pertanyaan, bolehlah klik butang Hubungi di atas. Dan, sebarang urusan rasmi pejabat, anda bolehlah emelkan ke [email protected]

Al Irfan Jani

Akhirnya, 2017….
Adalah giliran anda…
Berceritalah…

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.