facebook

Ini sebuah pengalaman paling mahal, yang menjadi ‘turning point’ bagaimana aku bermula sebagai pengamal Storytelling dalam bisnes.

Dan pengalaman yang begitu berharga ini, kali ini aku titipkan dengan cermat, supaya kalian dapat mengambil ibrah daripadanya.

Semoga bermanfaat…

*

Masa mula-mula bertugas sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan Melayu di Malaysia pada 2009, aku hanyalah seorang staf yang biasa-biasa saja.

Nak kata dapat anugerah pekerja cemerlang jauhlah sekali. Cukup bulan, ada gaji. Keluar masuk ofis macam biasa, tak ada yang menarik dalam hidupku..

Entah macam mana, satu hari tu, hasil jualan buku-buku dari jabatan yang kami terbitkan merundum untuk suku tahun itu.

Biasalah, bila dah tak capai KPI jabatan, macam mana nak tunggu bonus, kan? Komisen pun takat tu sajalah tak bergerak.

Masa tu barulah aku tersedar sesuatu, rupa-rupanya, aku selama ni tak banyak menyumbang pun pada jabatan kami, apatah lagi pada syarikat induk. Baru perasan, selama ni kualiti kerja aku kelaut. Aduii… Malunya.

Ada sekali tu, masa meeting post-mortem, aku dah mula ‘panas punggung’, bila syarikat terpaksa tukarkan jawatan aku, termasuk posisi lain pun akan dirombak. Perkara macam ni, memang biasa berlaku kalau syarikat nak kekal survive.

Punyalah buntu masa tu, aku tak dapat tidur macam biasa. Selalu tidur tak menentu. Ada waktu tu, sampai joging tengah malam sebab nak elakkan rasa cemas ni. Sempat pulak tu ‘clash’ dengan ‘ex’ yang dah kenal 8 tahun. Bagus juga, tenang fikiran ni.

Namun, selepas beberapa minggu, aku kira saat itu adalah momen besar dalam hidupku.

Aku masih ingat bila Puan Chairman syarikat kami ada umumkan, jualan (keseluruhan) syarikat suku tahun itu meningkat. Ya, sewaktu syarikat induk buat jualan yang banyak, tapi jabatan aku (anak syarikat) merundum teruk.

Masa tu Puan Chairman perkenalkan aku dengan seorang staf senior dari Jabatan Sales. Yalah, masa tu aku baru kerja 3-4 bulan, mana sempat kenal dengan semua staf di situ.

Namanya, Abang Azari, tapi biasanya orang gelar dengan nama Al-Beruntungi.

Hmm… Pelik kan, nama ni? Al-Beruntungi? Rupa-rupanya, baru aku tahu, beliau sekeluarga duduk di Bukit Beruntung, Rawang. Sebab itulah namanya digelar begitu.

Tapi, tak cukup dengan itu, hakikatnya, gelaran Al-Beruntungi ada lagi sebab yang kuat. Aku baru tahu yang Abang Azari ni antara orang penting dalam Jabatan Sales.

Dan tugasnya bukanlah mudah, iaitu mengurus jualan dari outlet-outlet di Pantai Timur.

Beliau dapat gelaran Al-Beruntungi itu, kerana sering membawa masuk lebih 40% dari jualan tahunan syarikat. Beliau ibarat Panglima Perang Berkuda di barisan hadapan.

Beliau pakar membawa balik UNTUNG pada jualan syarikat. Patutlah namanya jadi Al-Beruntungi.

Banyak hal yang aku bualkan bersamanya. Macam-macam masalah yang aku kongsikan padanya, sesekali minta tunjuk ajar daripada beliau yang dah lama dalam industri ini.

Al-Beruntungi berpesan padaku,

“Fan, kalau kau nak betul-betul faham apa yang kau buat, kau kena belajar dari bawah, sampai ke atas.”

Siapa sangka, sebuah kata-kata ini, telah mengubah hidupku begitu drastik sekali.

Sejak saat itu, aku tak pernah duduk diam. Aku sering ambil peluang dan curi-curi masa untuk membantu Bahagian Stor buku. Di situlah aku bermula.

Walau tidak dibayar upah atau elaun tambahan, aku sering mengikut staf-staf di Bahagian Stor memikul buku-buku. Kami susun buku di rak dan palet kayu, sesekali angkat ke dalam lori.

Sesekali makan bersama, dan sambung kerja, pernah berkali-kali hingga ke lewat malam pulang ke rumah. Sempat lagi tu, main badminton atau takraw bila stor dah kosong semula. Pergi makan, karaoke, mereka tak kekok mengajak.

Walau kerjanya agak berat dan mencabar, satu perkara yang aku perasan, walaupun geng-geng di Bahagian Warehouse sedikit ‘kasar’ dalam perbualan, namun sembang mereka bukan sembang kampungan. Mereka berbincang tentang faktor-faktor judul yang banyak ‘return’ (tidak laku di kedai), tentang perkembangan industri, dunia buku dan penulis.

Boleh dikatakan, aku benar-benar berbanggalah pernah bersama orang yang hebat di lapangan ini.

Pada satu hari, aku mendapat SMS dari Abg Azari,

“Fan, nak join outstation tak 2 minggu ni?”

Terkejut wooo dapat mesej daripada mentor. Ini satu peluang yang tak pernah aku bayangkan, dan tak patut aku lengahkan.

Puaslah aku pujuk rayu Ketua Jabatan esoknya. Nak minta izin punya pasal, sanggup tu buat alasan,

“Saya nak buat ‘market research’, nak studi judul-judul baru Jabatan kita.”

Alhamdulillah, akhirnya aku diberi izin. Dengan berkereta Myvi, aku dan Abang Azari mula bermusafir ke Pantai Timur untuk monitor kedai-kedai buku di sana. Bermula dari Kuala Krai kami jelajah ke Kelantan, Terengganu, kemudian kembali ke Pahang.

Sepanjang bermusafir tu, punyalah semangat berkobar-kobar dengan niat nak menuntut ilmu. Bersama ‘sifu’ ni, aku ikut beliau ke mana-mana sambil membawa buku nota. Catat dan rekod semua aktiviti dalam diari.

Nama-nama tauke kedai. Lokasi kedai. Apa rutin harian Al-Beruntungi. Apa SOP dia untuk perkenalkan judul-judul baru. Macam mana strategi nak buat promosi. SEMUA benda aku catat.

Tips-tips bermusafir, amalan doa semualah aku catat. Sampailah amalan kebas-kebas katil setiap kali check-in hotel, bersama zikir-zikir itu dan ini. Hinggakan jam berapa dia bangun tahajud pun aku rekod. Dhuha apatah lagilah, dah macam Wajib. Nasihat-nasihat dia, semuanya power bagiku.

Ada satu habit beliau ni, yang bagi aku amatlah ‘rare’ dan hebat sekali.

Pernah ke, selepas check-in, kau akan mandi dan bersiap semua, lepas tu kau mesti akan keluar hotel sekejap untuk cari makan. Kan? Kan? Ha, masa tu keadaan bilik kau macam mana? Haru-biru tak? Yalah, sebab baru sampai, kan. Mana sempat nak berkemas.

Tetapi, tidak bagi Al-Beruntungi.

Beliau akan pastikan, setiap kali dia keluar dan masuk ke dalam hotel/motel, keadaannya tetap akan sama, walaupun setakat nak keluar makan malam, atau sarapan. Dia lipat baju cantik. Kemas. Disiplin.

Masa tu, barulah aku sedar, rupa-rupanya inilah tabiat seorang yang bertanggung jawab membawa pulang berkeping-keping cek, yang nilainya BERJUTA-JUTA ringgit setiap kali outstation.

Tapi, ada satu lah yang aku agak kecewa mulanya.

Setiap kali beliau bertemu klien, aku dah buat catatan apa yang Abang Azari akan buat, sejak dari tapak parkir kereta lagi sampailah melangkah keluar dari outlet klien.

Aku masa tu, masih tertanya-tanya. Apa sebenarnya skrip pertama yang beliau ucapkan pada klien? Senyum macam mana? Susun buku macam mana? Ada ke skrip-skrip yang power untuk pengaruhi klien keluarkan cek ratus ribu, sampai cecah juta?

Ini mungkin agak mengejukan anda yang masih setia ikuti cerita ini.

Sebenarnya, TIADA satu pun ‘skrip’ jualan Abang Azari yang konsisten. Nak jumpa ‘skrip power’ pun takkan jumpa.

Mana taknya, kalau kami peruntukkan 20 minit untuk bercakap dengan klien, rupa-rupanya 15 minit pertama Abang Azari TIDAK BERCAKAP LANGSUNG PASAL BISNES.

Toko Kedai A – Sembang pasal ikan Arowana
Kedai Buku B – Cerita pasal tauke kedai berniat poligami
Premis C – Bual-bual pasal isu bahagi tanah pusaka
Kedai D – Pasal bola, pasal politik,
blablabla……

Sesekali tu, Abang Azari dan klien ada berlawak, kau faham-fahamlah, orang tua (opps-ampun bang!!) mereka punya jenaka macam mana. Aku buat-buat tersengih, ketawa pun ala-ala poyo gitu. TAK LAWAK langsung! Sabor aje lah.

Sambil-sambil bual tu, kami susunlah judul buku yang nak dibawa keluar, kemaskan rak buku tauke kedai, itu saja. Aku pun tertunggu jugalah bilakah masa Abang Azari ni nak promo judul-judul Bestseller untuk Pesta Buku negeri?

Haremmm….. Semua cerita merapu je.

Bila dah hujung-hujung perbualan tu, tinggal lagi 5 minit nak blah dari situ, Abang Azari hulur katalog,

“Hah, Aji, ni buku baru, letak kat depan ya.”

Aji tu pun keluarkan cek, tanya,

“Nak berapa ni, Azari?”

Abang Azari punya cool, dia jawab,

“Kasi setel bil yang lamalah terus.”

Aji tauke kedai tu pun tulis atas cek. Tandatangan. Katalog-Cek bertukar tangan.

Kami pun beransur dari situ, dan beralih ke pekan yang lain pula. Aku kat tepi dah macam orang kena sampuk, ‘blur’,

“AIKKKKK????? Sesenang tu je? “

Dah lama aku perhatikan amalan Al-Beruntungi, tak tahu nak tanya macam mana. Tak ada idea nak susun ayat. Yalah, konon ikut ni nak belajar teknik Rimau Berantai ke, Jurus Skrip Jualan Terduduk ke. Malangnya, hambar.

Bila kami dah selesaikan kerja di dua negeri, kami pun bertolak ke negeri yang satu lagi. Dalam perjalanan tu, aku mulai merisik,

“Err… bang. Kalau saya tanya ni, janganlah marah ya. Selama ni, abang setiap kali jumpa klien, memang bual-bual kosong je gitu eh? Lepas tu dapat cek, blah. SENANG NAU!!!!”

Dia pun tersengih je, mungkin dah lama perasan selama ni aku banyak kesipu-sipuan di tepian…

“Fan, kau kena ingat. Hidup ni kalau niaga sepanjang hari, bosan tau asyik cerita pasal bisnes je. Siapa pun tak suka jumpa Salesman. Jadi, janganlah datang sebagai jurujual. Datanglah sebagai kawan. Kita kalau banyak bertukar cerita, orang seronok nak berniaga dengan kita.”

CERITA????

Aku masa tu, kat kepala, macam TINGGGG!!!!!

Kalau kalian nak tahu, inilah momen di mana aku bagai menerima ‘hidayah’ yang PALING BESAR mengenai fahaman Marketing dan Sales.

Aku tersedar, dan melihat semula rekod-rekod topik perbualan sepanjang kami berurusan dengan klien tadi.

Barulah aku faham, begitu mahalnya nilai CERITA yang kita bawakan setiap kali keluar berniaga.

Setelah selesai semua urusan, akhirnya kami pulang, dan lebih jelas lagi, aku pulang menjadi Al Irfan Jani yang baru.

Aku kini bagai ‘dilahirkan’ semula, mendapat semangat baru dalam kehidupan.

Semenjak itu, aku tidak berhenti gali dan terus menggali ’emas’ yang baru kutemukan ini. Storytelling, dalam pemasaran dan jualan, ia satu metod yang sering kita terlepas untuk dititik-beratkan.

Sekian, begitulah bagaimana kisahnya saya bermula di jalan perjuangan Storytelling ini. Alhamdulillah, kami berdua pulang dengan hasil ‘tangkapan’ yang lumayan.

Bagaimana Cerita Dapat Tingkatkan Pengaruh dalam Jual Beli?

CERITA mendekatkan kita dengan audien. Dari hati, menyentuh ke hati yang lain. Hingga akhirnya urusan bisnes bukan lagi sebuah urusan kaku, tetapi ia adalah kerja ukhwah. Kerja-kerja membangun umat.

‘Relationship Marketing’ tidak pernah gagal menjual. Lihat bagaimana Rasulullah (selawat ke atas Baginda) sampaikan dakwahnya hingga tersebar ke hari ini. Nikmati cerita-cerita dari Allah melalui Kalam-Nya. Semuanya dekat di hati kita, dan berpengaruh sekali untuk diamalkan.

Cerita, bukan sekadar cerita kosong.

* *

Saya ada satu pesanan yang baik untuk anda, jika ingin pelajari Seni Menulis Iklan Storytelling.

Anda haruslah DIPENGARUHI terlebih dahulu oleh sebuah iklan Storytelling dari seseorang, dan anda carilah orang yang menulis iklan Stori tersebut.

Sebaik-baik guru, adalah yang mengamal apa diajarkan oleh dirinya sendiri.

Saya pernah kecewa sebelum ini, kerana tersilap memilih So-Called-Guru Mat Salleh yang gelarkan dirinya The Guru of Storytelling. Telah banyak saya berhabis, untuk dapatkan ebook dan kelas daripada mereka, namun kualiti perkongsian mereka ‘sampah’, sekadar menceduk di internet semata-mata, dan ‘unpractical’.

Hinggalah saya bertemu dan belajar daripada seorang Novelis kita yang tersohor, untuk mengadukan hal ini…

“Irfan, takkan kita nak beli Buku Panduan Bestseller dari seorang penulis yang Belum-Bestseller? Kalau nak belajar Story, Fan, bukan cari guru Copy, tapi carilah guru Story.”

Barulah saya tersedar, rupa-rupanya So-Called-Guru Mat Saleh tadi pun tak gunakan Story untuk menjual ebook Storytelling, takkan lah kita nak belajar Storytelling daripadanya?

Kata-kata ini banyak membantu saya dalam mencari guru yang betul mengenai ilmu Storytelling. Saya tidak akan sekali-kali pergi berguru dengan orang yang tak amalkan sendiri ilmu Storytelling dalam jualannya.

Sejak itulah saya bertemu dengan nama-nama Doug Stevenson, Andre Chaperon, Noah Kagan dan ramai lagi.

* * *

Tahukah anda, sepanjang anda menyelusuri cerita yang saya sampaikan tadi, ia adalah salah satu format cerita yang saya amalkan ketika menulis ayat iklan stori. Ya, sepanjang tulisan ini, anda sedang membaca sejenis iklan Storytelling, dengan menggunakan satu teknik yang dipanggil STAR OF STORI.

Jika ingin melihat satu lagi sampel Stori begini, anda boleh rujuk di sini (klik sini).

 

Nak Tahu Apa Itu Teknik STAR OF STORI?

Al Irfan Jani

Al Irfan Jani

Pengasas Storytelling Marketing di Malaysia

Beliau bergiat 10 tahun penulisan kreatif dan iklan. Pernah berkhidmat mengurus Stori & Konten di belakang Prof Dr. Muhaya (Motivasi), Shamsudin Kadir (Kewangan), dll. Berguru dengan PIXAR, FINAS, Doug Stevenson, Andrew Cavanagh, Ramlee Awang Murshid, dll. Dari 175 artikelnya, 50 telah viral di Media Sosial sepanjang 2 tahun; dengan ‘reach’ terkumpul 14 juta pembaca. Kini, beliau aktif mendorong usahawan supaya mahir dalam pemasaran Storytelling.

Baca Profil Penuh Di Sini

 Komen Anda Penghargaan Kami 

*Boleh pilih nak komen sebagai Profile FB, atau Page FB.

NOTA: Harap bersabar jika komen tak muncul selepas POST; Admin kami akan luluskan. Jika anda berniat untuk menarik semula komen anda, mohon mesej Admin di FB.

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.