facebook

Ini pengalaman saya sewaktu berkunjung ke sebuah restoran makanan segera. Pelajaran yang saya dapat dari pelayan ini amat bermakna, untuk menjadi seorang jurujual yang baik.

[divider]Cerita Bermula [/divider]

SAYA: “Saya mahu set yang itu, ada kopi dan burger telur.”

Pelayan menjawab,

“Ok, set itu RM6.50 sebelum tax.”

Saya perhati, tanda namanya Salwadi, uniform pelatih baru.

SAYA: “Baiklah. Saya pilih RM6.50.”

Pelayan itu terdiam sebentar, kemudian, dia membuat satu tawaran yang pelik,

“Tapi, set lagi satu RM4.50, tak ada Hashbrown. Nak tukar tak?”

Saya terkedu sekejap. Pelik juga tawaran begini, cuma saya kurang faham kenapa pelayan ini tawarkan pakej yang lebih murah? Jika dalam situasi lain, mungkin bagi sesetengah pelanggan yang sensitif, tawaran begini seolah-olah ingin menyindir, atau mengejek seolah-olah pelanggan tidak mampu membayar mahal.

Namun, saya masih pening-pening dan ‘blur’. Maklumlah, waktu pagi begini memang otak agak ‘beku’ sedikit. Maka, pelayan membantu saya lagi,

“Takkanlah Tuan makan Hashbrown? Sini tak ramai orang ambil Hashbrown.”

Ya Allah, saya baru teringat memang saya tak berminat sangat pun dengan Hashbrown. Baru saya perasan, sudahlah sekeping Hashbrown itu bersaiz kecil, saya jarang nikmati, mahal pula tu kena tambah RM2. Bagus tawaran ini.

Cuma, saya hairan dengan pelayan ini. Pandangan awal saya, pasti anak muda ini tidak diajar seni jualan UPSELL, iaitu menggalakkan tambahan order dari pelanggan. Budak barulah katakan.

SAYA: “Baiklah, saya mahu versi tanpa Hashbrown. RM4.50. Habislah komisen Tuan. Hehe..”

Encik Salwadi tersenyum saja sewaktu menguruskan tempahan kami. Sewaktu menyerahkan dulang, beliau sempat berkata,

“Tak apa Encik. Nanti Encik tahulah betapa sedapnya Burger telur ni dimakan panas-panas berasap dalam sejuk ‘aircond’ begini.”

Saya mengangguk, dan membalas dengan senyuman juga.

Dua Biji Burger Telur yang Berjaya Saya Dapatkan Hari Itu

Sewaktu makan, saya amat terkejut. Fuhhh, Subhanallah. Saya akui, benar sungguh kata-kata pelayan muda tadi. Ya, sedap ya amat bila ia dimakan panas-panas di pagi yang tenang begini. Mungkin juga saya tersihir dengan ayat promosinya tadi.

Akhirnya, saya membeli satu biji lagi burger yang sama, hanya kerana saya merasakan penjimatan tadi mengakibatkan saya dapat nikmati kesedapan dua kali.

Mari kita kirakan, berapakah bezanya tawaran pertama dan tawaran beliau yang kedua…

Tawaran Asal : RM6.50 [BATAL]

Tawaran Baru : RM4.50 x 2 kali = RM9.00

Hasilnya, pelayan dari Planet Jupiter ini berjaya menerima komisen yang lebih tinggi daripada DUA jualan berturutan melalui saya. Hebat ke hebat penjual ini?

Jualan Pertama Dikenal Sebagai Ibu Duit

Memburu jualan pertama, demi jualan berulang. Inilah yang dikatakan seni “Ibu Duit” yang diajarkan kepada saya oleh mentor saya, Coach Bahar, sewaktu kami menjaja karpet di jalanan Ramadan yang lalu.

Sewaktu baru buka ‘kedai’, sifu berpesan,

“Irfan, cepat-cepat kita kena dapatkan IBU DUIT. Kita potong habis untuk jualan pertama. Berapa saja diskaun yang pelanggan sulung minta, kita terus jual. Rugi tak apa.”

Mentor mempelajari seni ini dari cara orang Tionghua berniaga. Kebiasaannya, pelanggan pertama yang tiba di kedai pada awal pagi-pagi buta pasti akan terima layanan kelas SUPER. Berapa besar pun potongan diskaun yang diminta pelanggan, taukey pasti memenuhinya, walaupun mereka sanggup RUGI.

Bagi masyarakat Kelantan, budaya ‘ibu duit‘ dikenal sebagai ‘Gori’ ataupun ‘Goghi‘. Di Utara India dan di Pakistan, budaya begini dikenal sebagai Bohni melalui bahasa Hindustani. Menurut sahabat saya, Tuan Aizuddinur, budaya ini ada juga diamalkan oleh orang asal di pulau Danau Toba, Medan. Jika kita berjual beli di sana, dicadangkan datang seawal pagi untuk tawar-menawar dengan daya keyakinan yang tinggi.

Orang Tionghua amat mempercayai khasiat “Ibu Duit.” Katanya, itulah duit pertama yang bakal membawa masuk ‘Ong’ yang seterusnya. (Bagi umat Islam, ‘Ong’ tidak membawa apa-apa, melainkan rezeki itu dari kurniaan Allah).

Gamba berjudul, ‘The first sale of the day’, ini dilukis oleh Antonio María de Reyna Manescau, adalah gambaran ‘Jualan Pertama’ di Cairo pada 1890. GAMBAR: BazaarEgypt

Jika mereka tidak mendapat langsung sebarang jualan pada awal-awal premis dibuka, mereka percaya itu petanda bisnesnya dalam bahaya. Orang Tionghua percaya bisnes ini seperti judi, boleh untung dan rugi bila-bila masa.

Orang Islam lebih beruntung dari agama lain. Mereka anggap untung rugi sebagai judi, sedang kita pula menganggapnya satu rezki. Semuanya telah tertulis, namun hanya yang kuat berusaha dan atas izin Allah saja yang meraihnya.

Nak tahu berapa jualan saya sehari? Bolehlah RM2500 sehari. Jakel jual karpet sekeping dalam seminggu, saya pula jual 5 keping sehari. Alhamdulillah.

Seruan kami di tulisan ini, buat para penjual di luar sana, bilakah kali terakhir anda bantu pelanggan dengan mengurangkan untung awal, demi rezki yang berterusan?

Mahukah anda menjadi seorang jurujual dari Planet Jupiter?

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.