facebook

Sewaktu memandu tempohari, saya ada terdengar satu program radio, mengenai kisah bagaimana Hermantino memadam cita-cita awalnya nak jadi penyanyi Lagu Rock Inggeris.

Pak Herman kata, dia masih teringat pesan mentornya, S Atan.

Pada masa itu, S. Atan baru saja dengarkan demo suaranya kepada Pak Herman nyanyikan Yale Yale (irama Dangdut Pop) buat kali pertama.

Kata S. Atan, “Kau ni pekaklah. Jangan syok sendiri, Man. Loghat kau tu dah la Jawa, mana sesuai Rock Inggeris. Lagu macam ini lah sesuai dengan jiwa kau.”

Maka, dari situlah, Pak Hermantino mengubah hidupnya dengan menyanyikan lagu-lagu dangdut, yang berkisar perjuangan tentang kehidupan.

Saya terasa betapa bagusnya skil yang ada pada S. Atan, iaitu mengesan bakat dan membantu cari hala tuju buat Pak Herman.

****

Mendengarkan kisah ini, saya masih teringat kisah saya bersama Puan Ainon Mohd, seorang sifu yang saya bertalaqi berdepan PADAT SETAHUN.

Dengan kepakaran Ibunda, iaitu Psiko-Linguistik, bermacam-macam yang saya timba sewaktu mengenalinya.

Bukan saya saja mentee beliau pada waktu itu. Ada juga beberapa nama Tokoh Motivator cukup terkenal sekarang di Malaysia, yang lahir dari ‘persekolahan’ beliau.

Kisah saya ada sedikit sama dengan Pak Hermantino.

Mulanya begini…

Saya ada mendapat tugasan men’cincang’ dan mengedit satu manuskrip mentah hasil tulisan seorang penulis. (Manuskrip mentah = Draf penuh tulisan sebelum dijadikan buku).

Kalau ikut jadual terbitan, manuskrip ini akan dicetak sebagai buku motivasi keluarga. Penulisnya pun masih baru, belum lagi terkenal masa tu.

Itulah karier hakiki saya waktu itu, iaitu membawa masuk manuskrip baru ke dalam syarikat, dan terbitkan ia menjadi sebuah buku.

Namun, dalam banyak-banyak penulis yang saya uruskan, manuskrip ini satu-satunya tugasan yang paling mencabar.

Saya alami masalah terbesar. Saya akan ceritakan selepas ini.

Saya hubungi Ibunda Guru melalui SMS,

-“Puan, saya ada tidak berpuas hati dengan satu manuskrip ini.”

Jawab Ibunda Guru,

“Boleh saya tahu kenapa?”

Saya luahkan apa yang terbuku di hati selama ini.

– “Puan, saya fikir manuskrip yang saya urus ini patutnya di’reject’ saja. Penulis ini bahasanya begitu ‘menggurui’. Gaya bahasanya begitu bongkak, bagai dia lah yang betul semata-mata. Hujahnya tiada asas rujukan yang kuat.”

Kalian fahamlah, tulisan ustaz-ustaz zaman tu macam mana, kan. Ibaratnya, macam, ‘Korang semua salah, aku je betul.’

Kemudian, Ibunda Guru, jawabnya ringkas saja,

“Baik. Bawa manuskrip itu esok pagi ke pejabat saya.”

Keesokan pagi, saya persembahkan manuskrip asal itu kepada Ibunda Guru. Semua halaman penuh diconteng oleh saya dengan pen berdakwat hijau.

Beliau diam, sambil teliti helaian demi helaian.

Selang beberapa minit, beliau ambil pen dakwat merah, dan memangkah beberapa ayat dalam berbelas halaman.

Tak sampai 10 minit.

Kemudian, Ibunda mengajak saya melihat apa yang dicontengnya.

SAYA TERKEDU!! KAGUM SEKALI.

Beliau hanya dengan memotong beberapa Subtopik (Tajuk-tajuk kecil), dan gantikan sebahagian perkataan pada Subtopik, dengan perkataan yang lain.

CHINGGGG!!!!

Bagaikan Magis. Begitulah sentuhan seorang tokoh yang begitu lama dalam industri perbukuan.

Jika saya perlu seminggu ‘berperang’ dengan manuskrip ini, namun Ibunda Guru hanyalah beberapa minit saja.

Di tangan Ibunda Guru, manuskrip yang paling saya benci, menjadi sebuah karya yang paling disenangi. Hanya di’usik’ sedikit beberapa perkataan, kali ini bahasa penulisnya menjadi indah sekali. Mesej-mesej yang disampaikan penulis bertukar amat bermakna.

Saya nyatakan bahagia ini pada Ibunda Guru,

-“WAHHH!!! Apa yang Puan lakukan tadi?”

Jawapan yang diucapkan Ibunda, saya kira, sangat ‘mendewasakan’ kita.

Ibunda menjawab,

“Ingat ya, Tuan… Tugas kita adalah TUKARKAN SAMPAH KEPADA EMAS. Itu saja.”

Siapa sangka, dengan izin Allah, karya penulis ini amat laris sewaktu di Pesta Buku Antarabangsa tahun itu. Nama penulis ‘meletup’ di pasaran, hingga beliau aktif berkongsi di pentas-pentas ilmu di serata Malaysia.

(Saya rahsiakan judul buku itu, supaya penulis asal tidak tahu bahawa karya asalnya yang paling saya benci, dan akhirnya bertukar ‘masterpiece’. Hehe.).

Dan pesanan pendek Ibunda Guru, telah menjadikan saya sehingga kini.

Setiap kali saya berkarya, atau menyemak karya milik penuntut di Stori Marketing ini, saya tidak akan berhenti BERTUKAR, selagi belum menjadi ‘EMAS’.

****

Apa yang S. Atan pernah lakukan terhadap Pak Hermantino, adalah sama seperti apa yang dilakukan oleh Ibunda Guru kepada saya.

Dan, kini, saya lakukan perkara sama kepada anda semua.

Inilah yang akan saya lakukan setiap hari. Apabila ada pelajar datang kepada saya membawa hasil Stori Pertama masing-masing, saya pasti akan katakan, “TAHNIAH. TAHNIAH. TAHNIAH,” walaupun saya belum membacanya.

Mungkin hari ini anda hasilkan ‘sampah.’ Tapi saya percaya kalian pasti akan temui ’emas’ kalian.

Sematkan pesanan unggul ini di sanubari kalian, sampai bila-bila:

“Tugas utama kita, adalah TUKARKAN SAMPAH KEPADA EMAS.”

Jangan cepat ‘down’ sekiranya hasil usaha kita tidak sehebat yang kita impikan. Cepat down = bukan kerja kita.

Jangan kecewa jika hasil jualan dari Ayat Iklan Stori kita tidak memuaskan hati. Kecewa = bukan kerja kita.

Jangan takut kalau tulisan dakwah kita tidak mampu mengubah manusia. Takut = bukan kerja kita.

Jangan marah seandainya dah berusaha bermati-matian tapi masih tidak berprestasi. Marah = bukan kerja kita.

Kerja kita = TUKARKAN SAMPAH KEPADA EMAS

****
Stori yang telah anda baca tadi, telah saya tulis dengan gunakan salah satu teknik yang dinamakan STAR OF STORI. Jika ingin melihat satu lagi sampel Stori begini, anda boleh rujuk di sini (klik sini).

Nak Tahu Apa Itu Teknik STAR OF STORI?

 

Al Irfan Jani

Al Irfan Jani

Pengasas Storytelling Marketing di Malaysia

Beliau bergiat 10 tahun penulisan kreatif dan iklan. Pernah berkhidmat mengurus Stori & Konten di belakang Prof Dr. Muhaya (Motivasi), Shamsudin Kadir (Kewangan), dll. Berguru dengan PIXAR, FINAS, Doug Stevenson, Andrew Cavanagh, Ramlee Awang Murshid, dll. Dari 175 artikelnya, 50 telah viral di Media Sosial sepanjang 2 tahun; dengan ‘reach’ terkumpul 14 juta pembaca. Kini, beliau aktif mendorong usahawan supaya mahir dalam pemasaran Storytelling.

Baca Profil Penuh Di Sini

 Komen Anda Penghargaan Kami 

*Boleh pilih nak komen sebagai Profile FB, atau Page FB.

NOTA: Harap bersabar jika komen tak muncul selepas POST; Admin kami akan luluskan. Jika anda berniat untuk menarik semula komen anda, mohon mesej Admin di FB.

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.