facebook

Ini adalah kisah sejarah yang amat mengejutkan bagi jenama biskut yang terkenal. Anda patut baca cerita ini sampai habis, jika anda peminat tegar produk ini

Ia adalah kisah benar, yang saya dapatkan daripada seorang sahabat sewaktu menuntut di Jepun dulu. Cuma latar, tarikh dan perincian baru nak dirumuskan sekarang.

Bagi sesetengah orang, mungkin tiada moral dari kisah benar ini, namun bagi saya ia cukup bermakna. Apabila saya lihat produk Pepero buatan Korea, saya akang teringat dengan cerita Glico (produk sama tapi syarikat pengeluarnya berlainan).

Sebagai seorang pengamal Salestory-Telling, saya sering menggunakan cerita ini sewaktu menjual apa-apa produk yang berasaskan coklat, biskut coklat, ataupun snek junk food. Teknik ini juga sesuai untuk produk yang diedarkan secara B2B (pembekal-peniaga), kerana cerita-cerita begini dapat merapatkan hubungan persahabatan. Setelah itu, insyaAllah apa yang kita jual, mudah dibelinya.

[divider]Cerita Bermula[/divider]
Contoh barisan produk keluaran Glico. SUMBER: Toyofood

Contoh barisan produk keluaran Glico. SUMBER: Toyofood

Pada 18 Mac 1984, dua orang lelaki telah memecah masuk dan menculik presiden Glico, Katsuhisa Ezaki. Siapa yang tak kenal dengan syarikat Glico, syarikat gergasi gula-gula dan jajan dari Osaka yang mengeluarkan beratus produk cemilan, paling popular adalah Pocky dan Pretz. Kalau dalam iklan, kita biasa dengar lagu motto, “Guliko~”

Timbunan Fail-fail Penyiasatan yang Amat Merumitkan. SUMBER: NHK

Penculik telah mengikat ibu, isteri dan anaknya, kemudian melarikan Ezaki ke sebuah stor warehouse di Ibaraki, satu daerah di Osaka. Ezaki ditinggalkan di situ.

Keesokan harinya, pengarah-pengarah Glico menerima panggilan penculik yang menuntut 1 billion yen (nilai sekarang dalam RM31.6 juta) DAN jongkong emas seberat 100 kg. Namun, 3 hari selepas itu, Ezaki berjaya melepaskan dirinya dan lari pulang. Penculik tidak dapat ditangkap sejak saat itu.

Penjenayah Menggelar Dirinya Raksasa 21 Wajah

Kerana tidak gembira dengan pembolosan Ezaki, penjenayah itu merancang cara yang lebih tragis bagi meruntuhkan Glico. Mereka telah membakar kesemua kereta syarikat dan meninggalkan sekeping nota ugutan bersama sebuah bekas asid hidroklorik.

Beberapa minggu kemudian, mereke menerima banyak surat dari penjenayah yang memberitahu bahawa produk Glico telah dicampur dengan Potassium Cyanide. Lebih menakutkan, kesemua surat itu ditandatangi “Raksasa Berwajah 21”, atau “Raksasa Dengan 21 Wajah” (dalam bahasa Jepun disebut Kaijin Nijūichi Mensō), ia merujuk satu watak jahat yang diambil dari siri novel penyiasatan di Jepun yang ditulis oleh Edogawa Rampo.

Antara Novel Tulisan Edogawa Rampo yang Berpengaruh. SUMBER: Amazon

(Maaf cakap, ini menunjukkan penjenayah pun kuat membaca. Kalau anda jenis tidak suka membaca, tak tahulah nak cakap apa).

Walaupun syarikat tak jumpai sebarang jajan yang diracun, namun Glico tetap menarik balik dan melupuskan sebahagian besar produk mereka yang ada di pasaran. Kerugiannya bersaiz MEGA. Mereka juga terpaksa memecat 450 pekerjanya.

Kiriman surat-surat misteri yang memeningkan detektif polis masih tidak putus, sehinggalah tiba-tiba datang sekeping surat tertulis, “Kami Maafkan Glico.”

Ancaman terhadap Glico selepas itu telah terhenti dan jenayah itu kemudiannya beralih ke sebuah lagi syarikat jajan Jepun, Morinaga.

[Tahniah, sebab anda telahpun sampai ke baris ini. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh Storytelling dalam Marketing. Join Kelab STORI Power untuk pelajari tips-tips Storytelling Marketing yang terkini di link ini, klik sini.]

Syarikat Makanan Lain Mangsa Seterusnya

Kali ini, polis berjaya menjejak 21 bungkusan Morinaga Choco Balls dan Angel Pie yang telah diracun dengan toksin dari seluruh pelosok negara Jepun (Dulu, zaman 90-an kanak-kanak dulu, kita suka beli pai coklat ni, sekarang namanya Cocopie). Senang saja pihak polis nak kesan bungkusan yang ditoksik ini, sebab dah tertulis pada bungkusan “Bahaya, mengandungi Toksin.”

Bungkusan Makanan Yang Ditampal Dengan Notis Amaran. SUMBER: 47News.jp

Diulangi. DUA PULUH SATU bungkus. Dicari dari rak-rak kedai runcit di seluruh polosok Jepun yang besar ya amat. Gila tak? Siap ‘raksasa’ bantu carikan dengan nota amaran lagi. Gilakah ‘raksasa’ ni? Agak-agak, kalau di Malaysia, adakah mudah nak cari kalau ada penjenayah begini? Silap-silap ada saja pekedai yang nak glamor mengaku kedainya ada bungkusan beracun, kan? Baik-baik dari 21, terus jadi 100 bungkusan.

Berita mengenai penjenayah yang menakutkan ini telah mendapat reputasi dan ditakuti hampir kesemua syarikat makanan di Jepun. Kali ini, ancaman mereka kepada Marudai Ham dan House Food Corporation pula. Bagi syarikat-syarikat lain, mereka cuma bayar saja kepada penjenayah ini dan tidak hubungi polis kerana tidak mahu heboh-heboh.

Misi Memburu Bermata Musang

Polis telah merancang seorang sepai (baca: spy, hehe), dan bantu membebaskan tebusan untuk Marudai Ham dan House Food Corporation. Untuk kedua-dua kes ini, polis berjaya mempotret suspek yang mempunyai rambut kerinting dan bermata runcing seperti musang.

Lakaran Wajah Suspek Bermata Musang. SUMBER: NHK

Gambaran Susuk Tubuh Suspek Utama

Buruan demi buruan, tahanan demi tahanan, roadblock demi roadblock, namun tidak seorang pun yang berjaya ditangkap. Suspek telah mendiamkan diri, dan tiba-tiba kes ancamannya reda begitu saja sehinggalah penghujung 1984.

Iklan Suspek Dikehendaki. SUMBER: Gammaru

cerita storytelling pretz glico gammaru com

Wajah Suspek yang Diburu Besar-besaran di Jepun. SUMBER: Gammaru

Tiada tangkapan. Tiada bukti kukuh. Penjenayah Bebas.

Sejak saat itu, nama “Kaijin Nijūichi Mensō” (raksasa berwajah 21) dan “Lelaki Bermata Musang” telah menjadi hit dan mendapat perhatian dunia. Ada juga sesekali identiti raksasa ini dimasukkan dalam banyak filem yang mengaitkan agen rahsia Korea Utara.

Dokumentari ‘NHK Special’ Mengenai Penyiasatan Kes Misteri Ini. SUMBER: NHK

Kisah ini adalah salah satu daripada 10 kes jenayah Top Dunia yang Bersejarah, dan masih belum dapat diselesaikan oleh polis dan interpol.

Memikirkan betapa jauhnya seseorang itu boleh melakukan sesuatu demi wang semata-mata. Dan kita dapat menyaksikan, betapa gigihnya seorang pengasas itu berjuang bermati-matian menyelamatkan ruang rezeki insan-insan di sekelilingnya.

Kadang-kala, nyawa manusia masih belum puas diragut, dan JENAMA adalah satu-satu NILAI yang paling mahal untuk dipertahankan. Buktinya, sehingga kini, telah berdekad-dekad perusahaan seperti Glico, Morinaga, dan lain-lain, masih bertahan, biar apa jua cabaran yang menghalang.

[Stori ini ditulis oleh Al Irfan Jani (FB), seorang penggerak dalam Stori Marketing. Pelajari tips-tips menulis dalam Storytelling Marketing melalui link ini, klik sini.]

Silakan SHARE sekiranya anda pelajari sesuatu dari kisah ini…

Nota Penulis Klik butang SHARE, sekiranya anda dapat pelajari sesuatu dari kisah ini…

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.