facebook

Pernah tak, ada satu hari tu, kita memang berazam kaw-kaw untuk tulis satu Stori yang POWERFUL, semata-mata untuk menjual?

Kita pun bersiaplah dengan pen dan kertas. Beli macam-macam buku.

Ada tu, sampai bersegak untuk ke kedai kopi Hipster, katanya situ lubuk idea. << Ala, Aku pun selalu je ajak adik aku si Jian tu ikut sekali. Hehe.

Paling sempoi pun, ada sampai berejam-rejam dok depan Google dik oi. Yalah, kita ingat Google ni dah macam Poket Doraemon, segala jawapan nak ada situ.

Tapi, pelik kan. Dengan susah-payahnya, satu hapah idea pun tak muncul. Pernah alami, kan?

Paling syukur pun, kita ada kawan yang baik. Dia akan nasihat, pergilah ambil wuduk, solatlah istikharah. Doalah supaya Allah ilhamkan kita IDEA.

Yang ni aku setuju sangat. Yalah, sebab selama ni, nak IKHTIAR pun tak tahu macam mana. Kita patut bersyukur sebab Allah kurniakan kita dengan Solat Istikharah.

Cuma, bila melibatkan IDEA, ada benar DOA itu jalan terakhir kita?

Adakah kita cuma perlukan DOA semata-mata?

Di sinilah, aku rasa sangat penting untuk aku kongsikan sesuatu yang PALING MAHAL pernah aku nikmati selama ini.

Ya, aku sangat bersyukur dikurniakan NIKMAT ini.
Peh. Panjang juga ni. Sanggup ke nak baca?

Tak apa. Teruskan membaca. Mungkin ini akan ubah hidup anda 180 darjah, siapa tahu kan?

Kita perlukan ALAT BERFIKIR

Kenapa Alat Berfikir (The Thinking Tools) sangat penting?

Otak manusia sangat kompleks dan bergerak random. Otak kiri dan otak kanan sering saja ‘berperang’, dan tidak terjangkakan. Antara emosi dan logika. Surprise.

Otak manusia ni sangat istimewa berbanding otak makhluk-Nya yang lain, sebab Allah hadiahkan kita ‘Akal’.

Aku suka nak labelkan otak sebagai ‘Organ’ dan Fikir adalah ‘Kerja’.

Cuma, logik tak kalau aku katakan, otak kita ni sebenarnya perlukan ‘alat’ untuk bekerja?

Ok, cuba tengok ni.:

Organ: Otak
Kerja : Berfikir
Alat : ____________?

Hmm…
Aku rasa, pengalaman aku ni, mungkin dapat jawab persoalan tu.

Semuanya bermula dalam Jun tahun lepas

Ada satu hari tu, ada seorang kawan aku bertanya,

Fan, macam mana nak selesaikan masalah produk pesaing lain di pasaran?

Katanya dia ada duit, dan dia nak buat produk sendiri. Sebenarnya, cara dia ni bagus. Dia bertanya (validate/research) dulu sebelum keluarkan produk sendiri.

Dan soalan tu, sebenarnya dapat menjawab KEUNIKAN produk yang akan dia buat nanti.

Cuma, aku tak tahu nak jawab macam mana. Mungkin paling koman aku akan nasihat,

Ala, kau pergilah research. Turun ke lapangan. Buat survey. Blabla…

Kalau kau ada terfikir nak jawab macam tu, ha tunggu. Aku tak sabar nak lari jauh-jauh. Buat apa kita berkawan dengan orang macam ni, kan?

Jadi, aku ambil masa untuk jawab persoalan tadi.

Selang 5 minit, akhirnya aku pilih untuk guna salah satu Alat Berfikir yang aku biasa gunakan; “Ekstrimis Suci” – Aku pun tak tahu nak namakan apa.

Caranya, aku gantikan ayat persoalan asal (ayat kawan aku tadi), kepada perkataan baru yang lebih EKSTRIM.

Alat Berfikir : Ekstrimis Suci

Ayat Asal (ayat biasa):

Apa masalah yang pengguna selalu alami dari produk sedia ada di pasaran?

Ayat Baru (ayat ekstrim):

Apa yang selalu orang CACI-MAKI bila diorang guna sesuatu produk tu?

Aku pun ‘pulang balik’ persoalan tu pada kawan aku, tapi dalam bentuk Ayat Ekstrimlah.

So, kau rasa apa yang orang selalu CACI-MAKI setelah gunakan sesuatu produk tu?

Nak tahu tak apa yang berlaku lepas tu?

Sepanjang hidup ni, kenangan aku ucapkan perkataan CACI-MAKI tu, aku rasa ia adalah momen yang paling bermakna dalam hidup aku.

Dengan izin Allah, aku telah menjadi saksi akan kejayaan kawan aku ni. Produknya ‘meletup’ di pasaran.

‘That moment’. Ya. Momen aku sebut CACI-MAKI tu, tiba-tiba banyak pula idea kawan aku ni. Meletup-meletup, macam bertih jagung. Panjang meleret dia tulis dalam nota.

Nampak, tak?

Macam mana dengan cara mengubah beberapa perkataan saja, Allah telah mengubah cara berfikir seorang manusia. Kemudian, atas kehendak-Nya, Dia memutar stereng nasib seseorang menjadi lebih hebat.

Inilah namanya *Alat Berfikir

Puan Ainon Mohd adalah antara insan pertama yang perkenalkan aku dengan Alat Berfikir dari Edward De Bono

Kadang-kadang, kemampuan manusia berfikir telah DIBATAS oleh satu “DINDING”.

Kalau menurut Dr. Yoro Takeshi, Pakar Psikologi Jepun, ia dipanggil ‘Baka No Kabe’, iaitu Dinding Kebodohan.

Jika manusia gunakan akal berfikir dengan SATU CARA semata-mata, kita akan hilang tenaga dari kerja berfikir, akhirnya matlamat berfikir pun tak tercapai.

Maka, wujudlah beberapa Alat-alat Berfikir yang ada di muka bumi ni.

Alat Berfikir = Alat Selesaikan Masalah

Ok, ni ada persoalan baru. Ada berapa banyak pula Alat Berfikir yang boleh kita gunakan?

Jawapannya, BANYAK GILA. Nak guna Alat Berfikir pun, ada disiplin dan protokolnya tertentu. Nanti aku kongsikan lain kali.

***
Cuma, satu saja pesanan aku. Dengan Alat Berfikir, kita mungkin takkan pernah kering idea. Tak mungkin.

Kita sebenarnya tak perlukan IMAN untuk BERFIKIR. Kalau tak percaya, cuba tengok pakar-pakar Sains Dunia banyak juga yang tak beriman, tapi lagi banyak idea mereka fikirkan. Setuju?

Namun, untuk BERIMAN, manusia perlu ada FIKIRAN. Ini satu-satunya golongan yang benar gunakan akal kurniaan Allah sepenuhnya.

Allah yang Maha Tahu, Dia saja yang Maha Berkuasa lorongkan idea-idea ini, sama ada kita semakin dekat, atau semakin jauh dari jalan menemui-Nya.

Jadi, disebabkan itu, melalui platform Stori Marketing, diharap aku akan setia berkongsi Alat-alat Berfikir yang dapat beri manfaat lebih ramai orang.

Aku, dengan nama Allah,
mulai catatan pertama diari Stori Marketing di sini.
Jangan lupa like Page
STORI Marketing

signirfan
Heal. Inspire. True.

Al Irfan Jani

Al Irfan Jani

Pengasas Storytelling Marketing di Malaysia

Beliau bergiat 10 tahun penulisan kreatif dan iklan. Pernah berkhidmat mengurus Stori & Konten di belakang Prof Dr. Muhaya (Motivasi), Shamsudin Kadir (Kewangan), dll. Berguru dengan PIXAR, FINAS, Doug Stevenson, Andrew Cavanagh, Ramlee Awang Murshid, dll. Dari 175 artikelnya, 50 telah viral di Media Sosial sepanjang 2 tahun; dengan ‘reach‘ terkumpul 14 juta pembaca. Kini, beliau aktif mendorong usahawan supaya mahir dalam pemasaran Storytelling.

Baca Profil Beliau Di Sini

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.