facebook

Dia menghulurkan telefon bimbitnya yang tiada SIM card.

“Abang tengok ni, kenal tak budak perempuan ni nama dia, Ana.”

Aku lagilah pelik. Dahlah baru pertama kali kita bertemu, dah ditanya macam tu.

“Ana mana ni?”

Cara dia jawab lepas tu, macam kita ni dah kenal lama,

“Dia duduk depan rumah saya. Baik dia. Selalu bagi saya makan.”

Kemudian saya tanya,

“Depan rumah? Rumah kau kat mana?”

Saya dah macam hilang sabar, rupanya dia lagi marahkan saya…

“Apalah abang ni, rumah saya depan rumah Ana lah! Tadikan saya dah beritahu!”

Sah ini lelaki agak istimewa. Sejak hari tu, aku berkenalan dengan seorang yang tidak berumah, dia telah banyak menginsafkan diriku. Hubungan kami bertambah mesra, dari hari ke sehari. Bermula dari dia menepuk bahuku menjadi Makmum Masbuk sunat Dhuha di Masjid ini, dengan berbau hamis, namun mesranya dia bagai semua itu biasa saja bagiku.

Ajak (Razak)

Dia yang digelar orang di sini sebagai “Shod Dhod Tho Zho“, hanya kerana dia cekap menghafal dan mengeja sehingga ke huruf Zho sahaja. Huruf selepas itu kelaut perginya. Bertih tuturnya banyak tergagap, dan amat pantang jika aku mencelah di tengah bualannya. Ada satu hari tu, sebelum pulang, aku sempat berseloroh,

“Ajak. Kau doakanlah aku.”

Mengenangkan jualan bisnesku pada hari itu begitu dahsyat sekali, hati yang tidak keruan ini kuharap terubat dengan telatahnya Razak.

-“Nnn… nn.. nak doa apa ni? Bu..Buatlah senarai.”

Tiada satu pun yang terlintas di kepalaku, akan apa yang ingin kupinta daripada Allah pada hari itu. Aku sekadar…hmm.. Blank.

“Alah, kau doalah apa-apa.”

Lalu, kami pun bertukar posisi. Dia ambil tempatku di imam, dan aku mengundur ke belakangnya. Kini aku bersiap sedia mengaminkan.

“Ya Allah, bbb,,ba, baanyakkan lah rrr..rezeki kawan aku ni, Abang Irfan…”

Tiba-tiba dia toleh ke belakang,

“Kau ada anak, bang?”

Aku angguk.

“Al-Amin nama dia…”

Dia menyambung kata-katanya…

“Ya Allah, Kau… Kau ja.. ja… janganlah ja.. jadikan anaknya macam aku ni. Huu..Bbb.. Biarlah aa.. Amin besar dapat tolong mak ayah dia. Janganlah kau jadikan.. Ir, ir, Irfan macam bapak ti,ti, tiri aku yang campak aku macam ni. Huuu… HUUUUU…. Sss..selammatkanlah Aa..Am..Amin du, du, dunia akhirat. Selamat, se, se, se, selamat, slamat, slamat, slamat…”

Airmata telah menghujan pipiku selebat air yang mencurah dari langit. Aku tidak tahan lagi, lantas aku berlari ke dalam kereta, dan menaipkan tulisan ini terketar-ketar, sambil mataku berkaca tidak nampak apa yang kutaipkan lagi.

Ya Allah, sesungguhnya ciptaanMu ini amat indah. Ternyata Kau Maha Cantik dan Maha Sempurna. Lelaki ini biar sebegitu rupa, namun sewaktu sesekali subuh kami di masjid ini dia jarang tinggalkan saf-Mu.

Selamat, selamat, selamat yang dia ucapkan tadi tanpa putus, moga kau selamatkan kami seperti kau selamatkan dia dengan janji syurga. AMINN… … … …

******

Begitulah, teman-teman. Betapa polosnya hati suci seorang yang istimewa di sisi Tuhan. Telah berkali-kali aku mengedit tulisan ini. Sejak ia pertama kali stori ini diterbitkan pada April 2014, sehingga kini, entah dah berapa ratus kali kumeniti setiap detik bayangan saat yang berlalu, setiap ratus kali itu juga, tiada gagal menumpahkan airmataku sendiri, sang lelaki.

Tulisan ini pernah diterbitkan di Tazkirah.net. Namun, posting di FB masih terus ‘hidup’.

InsyaAllah, aku akan kongsikan, satu teknik menulis stori yang padat emosi. Bagaimana kita dapat menyusun tentera aksara, bagi mewakilkan perasaan bagi pihak hati, semuanya akan kukongsikan melalui Kuliah Live Stori.

“Tapi… saya tak pandai menulis. Jangankan sajak. Sebaris ayat pun bosan.”

Aku cuma… Hmmm…

Tidak mahu bicara yang lebat hebat. Namun, percayalah.. Kalau kau tak pernah menulis sajak seumur hidupmu sekalipun, ketahuilah, bukan kerna perkataan yang menguasai fikiran dan hati. Hati diuruskan oleh hati. Perkataan diurusi akal, jemari, lalu pena dan kekunci pun digerakkan. Semuanya, bermula, dari dada…

Lalu, kukongsi bagaimana kau boleh mengubah CARA GUNA akal, bersama latihan-latihan mudah, dengan izin Allah, setiap hati dan perasaan pembaca pasti dalam genggaman kita. Dengan izin Allah.. Kau minta, dan Allah akan kabulkan… Aminn… ..

p/s: Boleh bantu saya sebarkan stori ini? Cuma klik butang SHARE saja.

Terima kasih wahai “Ibrah Hunter”. 😉

KULIAH LIVE – Skil Emosi Teragung (Batch 3)

  • Tarikh: 26 FEB (AHAD)
  • Waktu: 9.30 malam-11.00 malam
  • Komitmen: Cuma rm20
  • Method: Webinar Style (Bukan via FB). Kita guna Whiteboard.
  • Lokasi: Di depan laptop/mobile, di rumah masing-masing.
  • TEPAT JAM 4 PETANG AHAD, BORANG INI AKAN AUTO-CLOSE. JADI KLIK BUTANG DI BAWAH SEKARANG.
  • Selepas selesai proses Online Banking, sila search emel “Billplz” di inbox, ada ACCESS LINK di sana ya.

 Komen Anda Penghargaan Kami 

*Boleh pilih nak komen sebagai Profile FB, atau Page FB.

NOTA: Harap bersabar jika komen tak muncul selepas POST; Admin kami akan luluskan. Jika anda berniat untuk menarik semula komen anda, mohon mesej Admin di FB.

Al Irfan Jani

Al Irfan Jani

Pengasas Storytelling Marketing di Malaysia

Beliau bergiat 10 tahun penulisan kreatif dan iklan. Pernah berkhidmat mengurus Stori & Konten di belakang Prof Dr. Muhaya (Motivasi), Shamsudin Kadir (Kewangan), dll. Berguru dengan PIXAR, FINAS, Doug Stevenson, Andrew Cavanagh, Ramlee Awang Murshid, dll. Dari 175 artikelnya, 50 telah viral di Media Sosial sepanjang 2 tahun; dengan ‘reach’ terkumpul 14 juta pembaca. Kini, beliau aktif mendorong usahawan supaya mahir dalam pemasaran Storytelling.

Baca Profil Penuh Di Sini

Password Reset
Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.